7 perenang kms kantoi

>> Tuesday, March 31, 2009


Malam td sedang aku lepak pas makan malam , aku di kejutkan dengan satu news gempak dr kaunselor kms mr. Jowel.. nak tau apa? nak jadi kan cerita petang semalam 7 sekawan dari kolej yang tersohor di seremban terkantui menceroboh swimming pool Klana resort (KR) yang biru jernih airnye...
berita ini ternyata terus membatalkan hasrat ku untuk terus makan dan makan lagi dan secara automatik terus tanya secara lebih detail tentang kejadian tersebut.. dengar cita yang di storykan oleh beliau, Si pak guard KR tu da perasan few student kms kat situ, bila ditanya diorang nih kata nak beli kek/roti di KR. so si pak guard pon amik x port ajerlakan.. tapi x lama selepas tu. pak guard tu blah la dr situ..
haaa tak lama pas tu budak kms terus terjun dalam kolam dengan gumbiranye bila pak guard tu blah. mungkin sebab rasa bangga berjaya memperdaya pak guard KR. so , cuba kowang teka apa jadi??
haa apa lagi? kantui la budak2 tu dalam air da macam itik berenang-renang gumbira di kolam tu..
selepas di kerah naik oleh guard tu mereka pun di amik nama dan no ic masing masing..
tapi yang menariknye, mungkin pak guard tu terlepas pandang or mungkin terlalu berbangga dengan kejayaan mengkantuikan diorang sampai tak check nama dan ic tu betul ke tak..
aku sendiri tergelak sowang-sowang, bijak juga student kms melepaskan diri even mmg kira da kantui tahap serah tengkok, hmmm siap kowang kalau aku jumpa,, mau jer aku sekeh kepala tu laju-laju, baru padan muko ekau....

Read more...

1+1=2

>> Sunday, March 29, 2009


Kenapa 1+1=2? soalan nih bermain dalam kepala hotakku sepanjang hari nih, bukan la aku nak pertikai kenapa jawapan dia 2, tapi kenapa 2=dua?? siapa la yang bagi nama 2=du-a, apa jadi kalau 2=tiga, maksud aku kalau la dari dulu orang kenal 2 sebagai tiga,dan 3=dua, mesti kita mengira satu, tiga,dua,bla.bla,,, mesti macam lawak jer kan bunyi kalau kita dengar orang kira start1.3.2.4.5.6.. And lagi satu siapa la agak-agak yang cipta bentuk2 nombor tu, asal la x cipta bentuk yang lebih mudah ditulis/lukis. Aku sampai skrg susah nak tulis nombor4, susah gila kalau nak banding nomor 1 6,7 dan 0. betul x? bukan apa apa la salahnye buat bentuk yang mudah mudah sket.Hmmm , kalau la kita diberi peluang untuk tambah 1 lagi angka antara 1-9 kat mana la kita nak letak kedudukan angka ciptaan kita tu dan macam mana la agaknye bentuk nombor tu?
Pasti menarikkan?
hahahaha amacam pening x baca entri kali ini? setelah 3 hari aku buntu tanpa idea nak isi apa dalam blog aku. Kali ini aku ingin berkongsi idea yang hampir mustahil untuk di aplikasikan. baiklah henti cerita tentang nombor..

Read more...

Fokus exam

>> Monday, March 23, 2009


Setiap hari semakin hampir pada hari exam A-level , wah bagai aku plak yang nak duduk exam tu, sedangkan aku cuma guru jer, hmm tapi congrats pada kalian yang pulun habis-habisan. Bak kata pepatah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. ini bermaksud masa yang ada mesti di lipatgandakan usaha, mesti di kerah, semua keringat yang ada harus di guna untuk mempersiapkan diri menjelang exam nanti.. tinggalkan sementara T1, cinema, jalan2 cari makan dll sementara waktu..
Mungkin tak ramai yang baca entri ini tapi harapan sy agar kalian semua buat yang terbaik untuk skorA untuk semua subjek terutamanya Physics..
come on guys n girls jgn terusan bermalas-malas or tangguh-tangguh, pasang kuda-kuda mu persiapkan jurus-jurus saktimu, laungkan semangat perjuangan , atur langkah-langkahmu satu persatu, sedut/share semua ilmu dr rakan-rakan mu, sekeh jer kepala sesiapa yang coba ganggu study, last but not least ingat motto ini "Aku tak sabar2 nak tunggu exam".. cikgu cuma doakan kejayaan kalian... Gambate!!!!

Read more...

>> Sunday, March 22, 2009


Hari ini aku habiskan masa nengok-nengok belon panas kat putrajaya dengan few fwen... hehehe teka laki ke pmpn?? haa selamat men'teka' la ye, kalau u guys nak taw, tanya sy kat luar sendiri yer..
Time aku sampai agk lewat dan aku tunggu sampai tengah hari mana la belon panas yang laen tak naek2... ada 1 jer ballon yang nampak dr pagi td(pukul9 am).. pastu aku agak2 da give up aku pon tanpa segan silu tanya kat mak guard yang pakai uniform yang lepak ntah sejak bila kat bawah pokok berhampiran, dia kata semua belon da naek dalam pukul 6/7 td.... haaa??? awalnyer aku terkedu 10^8 bahasa,,, tanpa banyak tanya+sedey aku pun melangkah kaki longlai+hampa+kucewa apsal la belon tu tak tunggu aku..bila balek tu aku pun mikir la, chewah macam exam la plak kena mikir sungguh2 kenapa belon tu naik awal sgt tanpa menunggu kehadiranku...
tiba-tiba.... tingggg!!! sebiji mentol telah menyala di kepala ku (tanda idea sudah mari)....yerla kan ... waktu pagi kan temp. lower than afternoon for surela bouyancy force untuk lift the ballon upwards greater than afternoon..wahhh terasa plak mak guard tu lagi pandai dr aku yang ajar fizik kat kolej.. hehehe next time kalau ada lagi aku nak tidor situ la, so aku takkan lewat lagi..
p/s:moral of da story : bangun awal pagi = greater force
: bangun lewat = lower force ( so, bagun awal untuk kuliah)

Read more...

Sedekah itu senyuman

>> Thursday, March 19, 2009


Waktu nih pukul 5 pagi.. assalammualaikum pada semua. haa jawab, jangan x jawab... dusa taw kalau x jawab..
Saja nak story mory 1 citer pasal SENYUM,, semalam memang hari yang letih dan tak best, mana taknyer kena maen bola tampar, badminton, pastu gi kuliah haiyyaa kadang tu confuse gak, aku nih cikgu ke atlet kebangsaan yang kene training gi london untuk olimpik 2012 nanti, aduh, confuse gue mengapakah aku di paksa diperlakukan sebegini????? susut berat badan ku hu~~~ bak radioactive decay yg menyusut jisimnye agaknyer.. hmm ada la kot 1 kilo... cuba la kowang bayangkan kalau aku nih terbina dr uranium-297 confirm tadi ada letupan besar disebabkan aku menyusut berat.. hahahahha..
Tapi, bagai yang aku ceritakan dulu, semua terjadi ada hikmahnye, yerla kan mana ada benda terjadi saja2 kannn,kan,kan...
Di kala aku lotih giler tersadai-terperosok-terbengkalai kat tepi padang, ada 1 pmpn senyum and bagi air mineral cap apa ntah, wah malu-malu la plak, maklum la kalau dililhat dr luar pon tau, aku nih pemalu orgnyer(yer ker, sila komen yer??).. tapi yang aku nak highlight kat sini bukan pmpn tu or air yang dia hulur tu, tapi senyuman,,, untuk tersenyum tak perlukan sebab yg kukuh sgt, ala senyum la ianya mampu untuk membahagiakan diri dan org lain, mulai hari ini aku akan tersenyum bak kata m daud kilau ' senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek.....' 'senyum mu umpama suria dalam kehidupan, ku tersenyum kau tersenyum...... la~~)
-senyum la sikit~~ ha kan cantik tu....

Read more...

>> Monday, March 16, 2009


Bertemu lagi setelah aku dipisah kan dengan internet buat 4 hari. Siksa gak rasanye, ianya membuat kan ku terfikir, adakah ini suratan atan kebetulan???. Semua yang terjadi di dunia ni suratan atau kebetulan atau dua dua sekali.. ini buatku confuse selama 2 minit, pastinya diantara keduanya hanya ada satu garis pemisah halus yang membedakan antara satu dengan yang laen.
Cuba kita fikir adakah semua benda yang terjadi ada hikmah nya? yup, pasti, itu cukup menunjukkan bahawa semuanya adalah suratan yang berkaitan dengan masa. Ataupun dalam bahasa fisika nya berkadar terus dengan masa. Masa yang akan tentukan segalanya, sama dengan waktu kita muda sampai tua, sihat sampai sakit, dan dalam islam sendiri suruh kita beringat tentang 5 masa sebelum tiba lima masa,,
Wwaah kepada sesiapa yang sudah membaca sampai ke baris ini tahniah kerana anda sabar membaca bebelan ini. Hhmmm terasa nak undur balik masa sebab banyak yang sempat di sudahkan dulu. Tapi mana mungkin bisa ubah sejarah, tapi yakin lah kita mampu ubah future, makanya,, teruslah melangkah jangan sekali undur!!! kejarlah cita-citamu...

Read more...

Persamaan logaritma hidup

>> Thursday, March 12, 2009



Persamaan logaritma hidup?
Inilah perkara ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam hidup setiap insan termasuklah aku sendiri, kadang tu terpikir yang hidup kita macam suatu persamaan logaritma yang amat kompleks, kalau suatu parameter berubah maka ianya pasti akan mengubah sedikit sebanyak persamaan logaritma hidup setiap mamalia yang bernama manusia.
Hmmm kalau la kita bule imagine Logarithm equation hidup untuk ulat beluncas maybe simple sket kot berbanding manusia, yerlah kan, pada ulat beluncas maybe tak banyak tanggungjawab yang dia kena wat, tak yah gi sekolah, keja, beli kereta, fikir masalah di Gaza dan lain lain lagi perkara yang manusia wat setiap hari. Hidup serba ringkas ulat beluncas membuatkannye fokus dalam kehidupan sehari hari. Cuba kalau kita plak, terlalu banyak yang kena di buat setiap hari, bermula dr bangun pagi gusuk gigi, mandi pastu gi sekolah dan seterusnyela... kalau nak di buat persamaan logaritma matematiknya kan, mau tak cukup 1 kilometer panjangnyer. Huh, kompleks kan kita nih, sampai terlalu banyak benda nak buat setiap hari, sampai lupa tanggungjawab utama kita sebagai hamba Allah.
Tapi bukan la aku nak kata baik jadi ulat beluncas dari manusia, cuma kita diberi anugerah yang tak terkira hebatnya iaitu akal fikiran maka gunakanlah sebaik-baiknya untuk memakmurkan bumi tuhan ini.

Read more...

SEDERAP LANGKAH MENGINGAT RASUL

>> Monday, March 9, 2009



ALHAMDULILLAH semalam aku dapat men'join' kan diri dalam perarakan sambutan Maulidurrasul kat Padang MPS .. ada banyak yang menarik perhatian ku sepanjang pararakan tuh. Suasana di hari itu memang keren banget sieh.. macam macam pesen manusia yang ikut serta, wah terasa aura selawat tu. tapi tu pada yang selawat la kan , ramai juga yang datang berarak tapi pakat nyembang+ngumpat dan laen2 lagi, dalam hati terdetik gak dr diorang nih macam nih baek masuk walkathon ke jogathon ker or IRONMAN kat langkawi tu, baru thrill.. tapi anyway kpd yg join tu thumbs up tuk korang.. Dalam berarak tu ada lagi 1 benda menarik perhatian ku, ada yang bawa bekal air pulak sambil berarak, macam la penat sangat.. aku rasala kan, kalau taun depan dibenar bawa beskal , dia nih mesti dressing cam Anuar Manan takpun Josiah Ng (pelumba Basikal nagara tu yg pakai baju ada tempat bubuh air minum hehehe)
Macam mana dgn kolej kita? haa.. jangan tak tau yang kolej kita ada hantar kontinjen tau, tak caya tgk gambar kat atas tu. kalau nak lawan keseragaman baju mmg la kalah teruk, tapi kalau bule lawan semangat dan komitmen diorang nih selawat, mmg bule menang la.. kalau gambar tu buleh bunyi tentu bergema laptop kowang dengar diorang nih selawat... lagi satu yang menarikialah time makan, biasaklah time nih waktu yang paling dinanti-nanti semua peserta mahupun dif dif kehormat. nak dijadikan citer, suasana time makan jauh lebih kuat dr time selawat tadi, hahaha maybe tadi diorang tak makan lagi kot tu yang layu je bunyi nye, tapi confuse gak aku tujuan diaorang datang nih nak makan ke nak apa? kalau aku... nak dua-dua buleh? heheh
sempena sambutan Maulidurrasul semalam marilah kita banyakkan selawat, ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. semoga kita semua dapat manfaat.. Takbir!!

Read more...

berakhir lah sudah N.I.

>> Saturday, March 7, 2009




Masih aku teringat time aku menggusuk semua gigi-gigi ku pagi tadi, masih terbayang apa la yang bakal terjadi hari nih... harap la ianya best dan happening...
wahh kowang nak tau... hari nih satu sejarah sudah terpahat di Kolej Mara Seremban. semua org pun tahu yang KMS da berjaya mengadakan aktiviti Nadwah Islamiah. sememangnya satu minggu yang hebat, dan kalut bak kata bidalan, tidur tak lena, makan x kenyang, mandi x sabun,(hmmm yg last tu bukan sy).. Alhamdulillah semua settle, hmmm macam magic kan, untuk jayakan aktiviti nih, sume org busy and all out termasuk tukang kebun, pak din cafe, pastu cikgu cikgi pun tak kurang bussi dizzynyer semuanyer terpancar kekusutan di dahi masing masing demi 1 matlamat, wahh yg malas-malas terus jadi sibuk, yg sememangnyer rajin bertambah tambah la rajinnye.
kalau nak di ucap mungkin tak cukup dgn ungkapan jutaan terima kasih, maybe ribu juta, or ribuuu,ribuuuuu juta terima kasih baru cukup kot. Yang malas? hmmm ada kot tp x nampak sgt la yang malas tu, kalau ada pun pasti aku da tampar dengan selipar jepun 2,3 das baru sedar dr lamunan kot. Tapi compliment harus di tujukan kpd sukarelawan/wati atas penat diorang... kowang mmg kelllassss!!!
macam gamba sukarelawati yang sempat sy amik kat atas tu.. sume happy , ntah sebab apa heppi,... tp bg sy nak hepi x perlu bersebab... baru ikhlas punya hepppii...hahaha harap setiap hari mendatang penuh dgn bunga-bunga cinta,,, wah macam lagu misha omar plak,

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP