Kebanjiran pendatang Asing

>> Tuesday, June 23, 2009

Semalam aku pergi merayau -rayau di kampung seremban yang sesak tu..dalam keta dapat aperhatikan ramai rupa-rupanya mamat-mamat putih (omputih), mamat2 hitam (omhitam) dan mamat2 yang sukar ditafsirkan warna nya... terdetik di benakku hmmm apa jadi 5/10 tahun lagi? mesti lagi ramai pendatang asing yang lepak kat desa kecil bernama Malaysia ku ini...

perut comelku yang lapar membawa aku meneroka ke banyak kedai makan mencari sesuap nasi.... wahhh puitis benar ayat2ku ini bagaikan A. Samad Said gamaknya.. (mungkin kalau aku bukan seorang guru physics aku adalah saterawan kot)... hehehehe kembali ke motif asal untuk mencari nasi... sambil aku meronda-ronda mencari ayam.. aku lihat banyak sekali makanan oversea macam choc. cake, almond london, pizza, swiss roll dan ntah apa2 roll lagi... wahhh ini sudah lebey... korang nak taw nape?

selama nih makanan2 tu memang dah ada cuma kali nih aku perasan bilangan makanan yang import dah makin banyak berbanding makanan tempatan,, kenapa tak de orang nak buat lempeng ke, pengat ke, or apa2 yang tempatan nih dijadikan fast food,,,, terasa plak makanan tempatan nih di anak tirikan, selari dengan kebanjiran pendatang asing... huhu kesiannya diorang(lempeng and fwen)

rupanya kita nih dijajah semua aspek, dr minda, fesyen, pemikiran dan tak ketinggalan makanan

p/s: pendatang asing la yang bawa H1N1.... cikgu nak gi beli mask untuk radiator kereta cikgu takut selsema jugak.... bye

Read more...

Bussy-dizzy-bzzztt....

>> Monday, June 22, 2009

Assalammualaikum, Selamat pagi and Sawaddikap(mana tau ada org siam yang membaca blog ku ini)....
minggu ini aku di suruh pindah romah... alangkah tak best nyer perutusan itu,... terdetik di jiwa ini "aku nih pon kena pindah gak? ingatkan student kmst jer kena pindah bilek.." cuba bayangkan tiap-tiap taun aku pindah umah... mau gilak aku dibuatnya,,, patut la urang kata ramai guru menetap di hospital bahagia... huuuuu harap aku tak jadi sebahagian statistik hospital bahagia....

actually aku pindah pon bukanla jauh sgt pon , sebelah rumah je, so tak la penat sangat ,, tappi macam mana dengan toilet kesayangan ku, katil yang selalu aku guling2, dapur tempat aku mengasah bakat? mesti bakal kurindui sepanjang masa..

adiosssaaa rumah lamaku... semoga engkau berbahagia bersama penghuni baru yang semestinya tak se best aku...

Read more...

BURU-HARU-BIRU-BARU

>> Tuesday, June 16, 2009

Selamat kembali ke koleeeejjjjjjjjj......................


selepas meng'handle' KUPAS yang baru selesai 48 jam lepas... badan ku rasa sengal2 ubi.. dah macam ada kerengga berjalan-jalan kat kaki ku... huuu pennnaaattttzzzz...

ada hikmahnya program tu di wat kat UM at least aku dapat gak ronda-ronda kotaraya area Bangsar sampai la ntah mano yang buat aku lost dalam hutan batu kuala lumpoq.. kowang nak taw.. dalam aku mencuci mata keindahan kotaraya metropolitan tu... adala nampak satu mamat+minah=bapok.. nyaris aku nak langgar.. cess jalan tak pakai mata.... nak jer aku turun sepak kepala dia laju-laju... tapi mikir 2,3, kali aku plak yang seriau... kang dia panggil kaum dia... nahas aku... tak terKUPAS aku dibuatnya....



hmmm nih baru kat k.l.... kalau kat oversea macam mana la gayanya kana... arap-arap kowang xla terikut2 gaya yang tak senonoh tu yer... terutamanya kepada kaum adam yang semakin pupus populasinya...


kepada pelajar2,91/92 selamat berholiday.
happy fathers day to my father Mosing bin Talib semoga stay muda walau umur da layak pencen wajib..

Read more...

what?

>> Monday, June 8, 2009

Haaa.... dalam ke busian mengikuti kursus selama 2 minggu nih aku di 'kagetkan' dengan satu perkabaran yang mengejutkan... ini aku rakamkan menerusi perbualan telepon..

telepon: truuuttt...truuuuttt..truuttttt
telepon: truuuttt...truuuuttt..truuttttt
asril: yer... siapa di sana?
Pn. harlina: ini Pn. Harlina..

[setelah di skipkan perbualan]

Pn. harlina: asril... kamu kena ajar fizik tahun 2 (A2)
asril:baiklah.. terima kasih........

aku jadi kelu 4 bahasa (kerana aku taw hanya 4 bahasa sahaja)
perasaan happy, seram dan mengantuk bergaul sebati dalam mangkuk kepalaku ini..
.... sudahlah aku semakin sibuk kerana sedang berkursus... maafin aku ya kerana suda lama sunyi.. aku juga windu mengomen blog kalian namun aku sibukkkkkk sampai jumpa lagi tatatata

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP