Rama-rama,ulat gonggok dan aku
>> Sunday, April 19, 2009
Rama-rama,ulat gonggok dan aku
haaa lucu bukan judul entri hari ini.. kreatif juga otakku hari ini..
cuba kalian semua pikir apa persamaan antara ketiga-tiganya,,, yang pastinya terlalu banyak perbezaan kalau nak di tulis, berbanding persamaan..
begini, hari itu aku terserempak dengan ulat gonggok dan rama-rama .. tidak semena-mena perkara pertama muncul di dalam mindaku yang separa berkarat nih adalah 'hmm yang mana satu jantan yang mana satu betina ya??' susah bukan yang tentukan... sedangkan kalau manusia pon susah nak tentukan,yang lelaki dah macam pmpn,yang pmpn dah macam laki,, terpaksa tgk IC baru tau jantina, inikan haiwan yang x der IC, nak kena tengok apanyer??
haaa ... kowang dah senyum senyum tu kenapa? haa nakal ni....
rama2 and ulat gonggok mana nampak alat k#l@m!n dia.. so aku pun apa lagi.. teka teka ajer la..
puas teka, aku pon fed-up lalu blah jer dr tempat jumpa binatang tu.. tanpa jawapan... hmm kowang tau x camne nak tgk jantina 2 menatang tu?, kalau tau sila bagi tau aku ya..
Masa blah tu aku seraya terfikir, kalau la aku seekor rama-rama, mesti aku seekor rama -rama yang boleh terbang tinggi dan cantik, yerlah dengan umur 24++ = peringkat dewasa (bagi rama-rama dan ulat gonggok) .
maknanya aku sudah melalui sebahagian besar kitaran hidup ku. tapi kini aku belum terbang setinggi awan (fly dengan roket) belum singgah di tempat koala, kangaroo, lembu susu ternak terbesar di dunia.. aku mau bila aku tua nanti, ada perkara yang mampu aku banggakan yang telah aku lakukan di usia muda remaja teruna ku.. (huh teruna maksudku belum kahwin hehehe)
jadi kepada sesiapa yang membaca entri ini, kuatkan usahamu, cekalkan hati mu untuk mengejar impian masing-masing.. So, masa yang berlalu jgn di biar berlalu pergi, cuba sedaya upaya di manfaatkan, kerana ianya takkan kembali... buat selamanya..
nota si ulat gonggok: mungkin aku akan kenang entri ini sewaktu aku berusia 50 tahun.. bagaimana bakal rupaku ya??? makin hens#* barangkali ya? ahaks!!
0 Kuncu-KuncuMaluMaluBerlari-lari:
Post a Comment