Saat aku mula belajar sesuatu..
>> Thursday, April 23, 2009
Dari pagi bawa ke petang, dari petang bawa ke malam, dari malam bawa ke pagi semula.. study, study,study, tiap hari aku lihat student mengusung buku yang tebal-tebal ntah apa judulnya ke hulu kemudian kembali ke hilir kembali semula kehulu,
Sambil itu... sesuatu bermain-main di dalam benakku, (bagaikan kanak-kanak bermain konda-kondi di hujung padang sekolah), adakah itu tanda nya mereka study ? atau hanya rutin seorang pelajar yang bernaung di kms?
hahaha aku mau tanya kembali pada diriku,,
dahulu pada waktu manakah aku rasa aku sedang study semasa aku bergelar pelajar universiti?
Adakah sewaktu aku sedang menyalin nota di library? Atau dikala aku membaca buku-buku yang aku sendiri ragui formulanya?atau di masa aku membuat soalan soalan, latihan, praktis?(huh apakah bezanya?)Atau masa aku hadir kuliah?mahupun waktu aku hadiri exam?
jaw: semua!! dgn syarat kita sedari yg ilmu sedang bertambah..
hahaha, tolong jangan samakan diri anda sama dengan saya... setiap manusia unik dan aneh gayanya.. makanya, teruskan belajar secara fokus dan bukan meraba-raba tanpa tujuan...
Nota kakiku:kebanyakan mereka yang gagal bukan nya lemah, tetapi berusaha kuat pada jalan yang salah, contohnya,usaha sendirian tanpa teman, banyak ke psp menyalin nota bagai mesin photosat,kununnya study.. sedangkan tiada apa yang didapat.. berpakaian dan berlagak seperti orang berilmu tapi ilmu kurang di dada.. tidak mahu berbincang/ bergaduh mengenai topik fizik takut di cop kurang cerdik.. hasilnya hanya masa yang terbazir begitu shj dengan penuh kepura-puraan...
Nota kakimu:jadikan masa tertinggal ini masa pengorbanan yang paling bernilai... Come on guys!! gila-gila untuk berjaya!!!!
2 Kuncu-KuncuMaluMaluBerlari-lari:
baca post cikgu setiap hari penuh semangat
tambahkan juga semangat saya!
:)
YER!! baiklah
Post a Comment