SALAM AKHIR

>> Sunday, May 10, 2009


Hari ini hari ahad... hari ini aku lapar memanjang, ntah mengapa aku jadi begini... begitu banyak bahan-bahan yang masuk perutku sejak pagi tadi bawa ke sore.. lanjut terus ke malam (kini). hampir setiap 30 minit aku akan berziarah ke peti ais a.k.a peti khazanah yang menyimpan pelbagai jenis bahan makan.. selepas makan punya makan punya makan, masih mau makan... peliknya? adakah kadar metabolisme ku semakin tinggi??

Aku sendiri bingung mana pergi kuih, nasi,ayam,ikan, teh ais, gula-gula, air oren yang di transfer ke perut dari mulut ku sejak pagi tadi..? apa sudah bocor kah semua usus usus conveyor yang mengangkut makanan dr mulut ke perut sehingga membuat aku selalu lapar...atau..apakah aku lupa baca bismillah? ooohhh lupalah aku ada baca ke tidak.... mungkin terlalu lapar barangkali..
Aku mulai risau tentang obesiti, lalu petang tadi aku joging hampir 2 kilometer jauhnya... distance itu amatla pendek, tapi rasanya bagai separuh mati berlari.. nyaris tercabut segala skru yang mengikat kaki dan tangan ku.. mungkin juga ada yang tercicir sewaktu berlari tadi, fuhhh aku sudah tua barangkali... sudah tidak selaju sewaktu aku sekolah menengah dulu.. pernah dulu aku take part dalam Malay Mail Big-Walk 2000 KL (20km). Hmm tak la menang, tapi buleh juga la beri saingan..Maka, mulai hari ini aku akan selalu melarikan diri ke tasik untuk mengeksesaiskan seluruh sendi-sendi yang mulai berkarat dan longgar..yah,yah,yah aku mesti cergas ( semangat sambil menyuap makanan lagi)..

Nota masakan ibu:hmmm sempena hari ibu ini, inginku ucap selamat hari ibu.. Mari kita beri tepukan gemuruh kepada semua ibu-ibu/bakal ibu di seluruh dunia.. kepada bondaku tercinta Jamaliah Kusairi... I love You so much... muahh...
Nota gambar di atas: Tahun depan aku tidak lagi mengajar kalian. cikgu doakan kamu sentiasa berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu.

10 Kuncu-KuncuMaluMaluBerlari-lari:

Sofia Nin May 11, 2009 at 4:23 AM  

ngeh? cegu tidak ajar kamikah tahun depan? mengapa oh mengapaaaa?

nguuu. mau belajar fisika sama cegu oh. seronok. boleh main terbang terbang roket lagi. boleh ambil2 gambar lagi. boleh makan dalam kelas oh :)

we will miss you too oh cegu :)

nota picisan: cegu mahu semua gambar gambar oh :)

Sofia Nin May 11, 2009 at 4:34 AM  

adoi. tension betul sama ini internet. sangat slow ouh.

cegu oh ceguu. mau cegu ajar lagi ouhh. sangat besh oh belajar sama cegu. cegu tidak ajar kami lagikahh?

ada sesi belajar belajar.
ada sesi cerita cerita.
ada sesi roket roket.
ada sesi makan makan.
ada sesi lukis lukis.

menarik ouh :) jadi rindu zaman muda muda dulu. haha :P

nota picisan: cegu mahu foto foto kelas semuanya boleh tidak? mahu simpan dalam kocek. jadi memories. sangat sayang sama klasmet oh :)

boleh eh cegu? he he he :P

doakan kejayaan kami oh cegu :)

tetap semangattttt!

DAMAI May 11, 2009 at 12:15 PM  

salam buat yang makan banyak...

hmm stress kah? sampai makan
banyak2? anak murid cikgu nakal2 ye ^^

MR ASRIL AZIZAN May 11, 2009 at 5:47 PM  

Maya (Damai), diorang suma baik, tidak menyakiti aku langsung, setakat kepala pusing tu normal..

MR ASRIL AZIZAN May 11, 2009 at 5:51 PM  

Sof, bukan saya tidak mau mengajar kalian lagi, cuma saya ditugas untuk mengajar/coordinator pelajar batch 10..
hmm bagai memilih kasih antara 2 anak si 9 dan 10, kedua2 nya anak.
yang penting kamu mesti terus maju..
selamat berusaha !! (seluruh batch 9 A-level)

Anonymous,  May 11, 2009 at 6:46 PM  

cikgu tak yah ajar ohh batch 10.
nanti kitorang wat mogok arh kat pejabat.
kalau tak berjaya juga,kitorang bawak pergi parlimen.
uwaa!!!
sedih2!!

Syahidah Sith May 11, 2009 at 7:37 PM  

series? ala nk cikgu ajar
BEST! -.-'
xde la tension2 blaja
huhuhu

cikgu, doakan kitaorg AS taw
:DD

MR ASRIL AZIZAN May 11, 2009 at 9:24 PM  

Aina(typewriter) and Syahidah, hmm tak yah sedey sgt, tak de apa yang berubah, cikgu lain pon best..

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan student2 ku dalam menjawab exam AS nanti.. Aminnn

Anonymous,  May 12, 2009 at 9:41 PM  

hmm..tiada komen...saya kelu mengenangkan naseb kami taun depan..tanpa cegu habis la fizik kami..

cegu,aliah fatin kem salam..dia kat sebelah saya ni huh..

MR ASRIL AZIZAN May 13, 2009 at 5:34 PM  

Shahira (Ikan Bilis Rangup), awak macam putus harapan jer bunyinye,, Come on gal, tak mo sedey2 dah yer..
kem salam balik pada aliah fatin kat sebalah awak tu yer,,

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP