
Hari yang penuh erti buat seluruh warga pendidik, bermula dr guru Prasekolah, sekolah pendek/rendah, sekolah sedang2/menengah, sekolah driving, seluruh sekolah menjahit dan banyak lagi institusi pengajian tinggi diseluruh planet ini menyambut hari guru... sememangnya jasa guru hanya tuhan saja yang mampu balas..
Disini aku ingin share 1 story masa aku darjah 6 Cempaka Sek.keb. Seri Makmur. pada masa tu aku antara student yang super malas.. Antara rutin ku adalah kena denda kerana x siap homework, cubit, ketuk ketampi, kene leter dah jadi kebiasaan... haha aku dahulu bukan suka bermalas-malas cuma aku mudah sangat lupakan homework.. so masa kena denda bediri atas kerusi, meja tu terasa aku la manusia paling tinggi darjat dalam kelas.... hehehe.. 'femeys Amos' gitu..
Nak jadikan story..
pada suatu pagi yang hening, masuklah cikgu sains ku yang super brutal ke kelasku, (Pn Lailiah)..di pendekkan cerita, bila dia check semua homework murid2 dia,.. (argh waktu paling ku benci!) Aku for sure la x buat.. Sebagai 'ubat' sebab x buat, dia pon dengan penuh kudrat tenaganya menggulung padat buku latihanku lalu di lepaskan satu pukulan tepat kena pipi kiri ku, tak ubah macam player baseball yg buat pukulan homerun.. dish!! aku pon apa lagi, titisan air mata tak dapat di bendung lagi, berderai satu persatu membasahi bumi, runtuh kemachoan ku ini, namun di wajah guru brutal itu langsung x ada sikit pon simpati. lalu dia campak buku ku a.k.a baseball bat itu dr tingkat tiga ke bawah.. Pastu di suruhnya aku amik balik (hampeh tull)... satu kelas tengok free episod sayu drama swasta tu, tak cukup dengan itu, di suruhnya aku siapkan kat luar kelas sambil mencangkung... Gila $@$! punya malu... huhu aku betul2 insaf.. tangan menggeletar bersimfoni dengan tangis melengkapkan irama sedih awan yang terpilu..
selepas hari itu, tiada lagi aku yang dulu, every exam dah tau siapa yg first in class, so member yg lain compete for number two onwards.. hehe
so, kepada sesiapa yang membaca entri ini sampai sini, tahniah atas kesabaran anda.. dan aku kini juga seorang guru.. cuma mungkin tidak seperti watak guru diatas.. disini,Ingin ku rakam segulung ucapan terima kasih yang x terhingga kpd guru diatas kerana telah memetik suis kesedaran yang lama off..
Nota Guru Besar: Thanks so much for those who wished happy teacher's day to me, and for Namirah, Bo12, Ale 92, Aidah, Lyana, Hayati thanks for the chocs/cards.. susah2 jer...
Nota red roses: ros merah!!! kawaiii, Zu, sofia terharunya..
Nota cute cakes!! nabila ibrahim, harith kamaludin,Farah, nabila manan, Arliya and few unknown sender..
Nota kain cantik: Yusri, cikgu amat x sangka..(unsangkarable)
Read more...