Lelong diriku di Mines Shopping complex..

>> Monday, April 27, 2009



Saat ini aku lagi sendirian menunggu minum petang... wahhh baru pukul 2 lambatnya menanti minum petang yang dijadualkan pukul 5 nanti... apa ya nak bi bikin sampai jam 5 nanti??

ting!!! (bunyi sound efek apabila idea sudah mari)
mari menulis sesuatu di blog ku..
kali ini aku ingin menstory ttg 'xprien' aku pada ahad lepas berjalan2 di Mines Shopping Complex.. wahhhh, heaven nya window shopping.. setelah tamat 2,3 round jalan/tawaf keliling Mines, aku cuma mampu beli sebuah kuali jer... hahaha grrrraaannnnddd gila aku, beli kuali pon di Mines... macam la kat Seremban x der.. muga-muga hasilan kuali yang di beli dr dari Mines ini lebey enak... nyam-nyam ..
semasa aku Tawaf ntah berapa kali Mines tu, aku nampakla banyak sale yang betul2 mencabar keimanan daku... melihat itu semua, aku bagaikan musafir di padang pasir yang serba kepenatan dan kehausan dihidangkan dengan air sejuk dan kerusi urut beserta gugusan buah anggur purple seedless..ooohhh heaven!!

Sale,sale,sale.... this 4 letters word bagai external force (f=ma) yang menarik-narik duitku... mujur duitku di bendung dgn lapisan medan magnetik yang amat kuat dr luar poket ini menghalang dr duit mengalir keluar.. hehu,
Sedang aku berjalan tanpa tujuan yang tetap itu, aku mula terfikir suatu perkara ganjil, kalau la aku melelong diriku di tengah-tengah kesibukan orang ramai itu.... adakah ada orang yang mahu beli diri ku?? kalau ada berapakah pula harga diriku??

contoh: kalau aku dijual sama nilai harga dengan kereta vios silver yg berharga RM80000.00 adakah orang membeli aku atau kereta vios itu? heheh mestilah ramai jwb vios... ultimate dicission, VIOS bule bawa org jalan2 tanpa keluh kesah dan bayak songeh.. dan ternyata
wat rugi je kalau 80000 tu buat beli aku , dah la kurang hensem, memilih makan,suka kacau org, x rajin, pendek kata wat habih boreh jer.. hmmm ....aku mulai insaf... murahnya harga diri ini..
aku mesti tambah nilai diri aku... mesti jadi orang hebat, beriman, rajin, penyayang, x hisap rokok, cintakan tumbuh-tumbuhan, pandai masak, menjahit, menyayi/main gitar, dan banyak lagi good deeds supaya aku lebih bernilai dari kereta vios ataupon ferrari... baru rasa hidup lebih bermakna dan berguna .. ingat, life is not just living.. berlajar mesti tetap terus, sampai tua... betul x??

Nota jualan murah: f=ma, to have greater study force, keep on accelerate your effort and increasing mass (knowledge)... Mantapp!!

Read more...

Saat aku mula belajar sesuatu..

>> Thursday, April 23, 2009


Dari pagi bawa ke petang, dari petang bawa ke malam, dari malam bawa ke pagi semula.. study, study,study, tiap hari aku lihat student mengusung buku yang tebal-tebal ntah apa judulnya ke hulu kemudian kembali ke hilir kembali semula kehulu,
Sambil itu... sesuatu bermain-main di dalam benakku, (bagaikan kanak-kanak bermain konda-kondi di hujung padang sekolah), adakah itu tanda nya mereka study ? atau hanya rutin seorang pelajar yang bernaung di kms?

hahaha aku mau tanya kembali pada diriku,,
dahulu pada waktu manakah aku rasa aku sedang study semasa aku bergelar pelajar universiti?
Adakah sewaktu aku sedang menyalin nota di library? Atau dikala aku membaca buku-buku yang aku sendiri ragui formulanya?atau di masa aku membuat soalan soalan, latihan, praktis?(huh apakah bezanya?)Atau masa aku hadir kuliah?mahupun waktu aku hadiri exam?

jaw: semua!! dgn syarat kita sedari yg ilmu sedang bertambah..

hahaha, tolong jangan samakan diri anda sama dengan saya... setiap manusia unik dan aneh gayanya.. makanya, teruskan belajar secara fokus dan bukan meraba-raba tanpa tujuan...

Nota kakiku:kebanyakan mereka yang gagal bukan nya lemah, tetapi berusaha kuat pada jalan yang salah, contohnya,usaha sendirian tanpa teman, banyak ke psp menyalin nota bagai mesin photosat,kununnya study.. sedangkan tiada apa yang didapat.. berpakaian dan berlagak seperti orang berilmu tapi ilmu kurang di dada.. tidak mahu berbincang/ bergaduh mengenai topik fizik takut di cop kurang cerdik.. hasilnya hanya masa yang terbazir begitu shj dengan penuh kepura-puraan...

Nota kakimu:jadikan masa tertinggal ini masa pengorbanan yang paling bernilai... Come on guys!! gila-gila untuk berjaya!!!!

Read more...

Kebimbangan di aras awan lapisan dua

>> Wednesday, April 22, 2009


Hari yang cerah tanpa hujan dan ribut petir... semua orang juga suka kepada hari yang sebegini cerah... aku juga gemar suasana begini... tapi sebelum fajar terbit lagi aku sudah diselaputi kebimbangan yang sungguh dalam... tenggelam dalam selimut hijau tompok2 merah kuning dan merasakan ada lapisan kebimbangan yang tebal dr menghalang aku bingkkas bangun ke kamar mandi.. setebal manakah layer itu ? mungkin setebal hutan di perkampungan orang asli di hulu Sg Baram di negeri Sarawak atau pun lebih dalam lagi dalamnya....
aku sebenarnya bimbang akan kondisi exam anak muridku, masih bersemangatkah lagi mereka belajar? atau aku sahaja yang berperasaan sebegini,, yerla satu minggu tidak mengadap mereka yang kadang - kadang buat aku pusing, rasa windu pulak...
cuba kata tahun depan aku tidak lagi mengajar mereka, maknanya aku hanya ada masa 4 hari yang rasmi untuk memakai label guru fisika mereka secara rasmi, wahhh emo pula aku..

nota kaki lima: sila lompat-lompat pabila bangun pagi pasti anda 5x lebih segar dr biasa

Read more...

Rama-rama,ulat gonggok dan aku

>> Sunday, April 19, 2009



Rama-rama,ulat gonggok dan aku
haaa lucu bukan judul entri hari ini.. kreatif juga otakku hari ini..
cuba kalian semua pikir apa persamaan antara ketiga-tiganya,,, yang pastinya terlalu banyak perbezaan kalau nak di tulis, berbanding persamaan..

begini, hari itu aku terserempak dengan ulat gonggok dan rama-rama .. tidak semena-mena perkara pertama muncul di dalam mindaku yang separa berkarat nih adalah 'hmm yang mana satu jantan yang mana satu betina ya??' susah bukan yang tentukan... sedangkan kalau manusia pon susah nak tentukan,yang lelaki dah macam pmpn,yang pmpn dah macam laki,, terpaksa tgk IC baru tau jantina, inikan haiwan yang x der IC, nak kena tengok apanyer??
haaa ... kowang dah senyum senyum tu kenapa? haa nakal ni....
rama2 and ulat gonggok mana nampak alat k#l@m!n dia.. so aku pun apa lagi.. teka teka ajer la..
puas teka, aku pon fed-up lalu blah jer dr tempat jumpa binatang tu.. tanpa jawapan... hmm kowang tau x camne nak tgk jantina 2 menatang tu?, kalau tau sila bagi tau aku ya..

Masa blah tu aku seraya terfikir, kalau la aku seekor rama-rama, mesti aku seekor rama -rama yang boleh terbang tinggi dan cantik, yerlah dengan umur 24++ = peringkat dewasa (bagi rama-rama dan ulat gonggok) .
maknanya aku sudah melalui sebahagian besar kitaran hidup ku. tapi kini aku belum terbang setinggi awan (fly dengan roket) belum singgah di tempat koala, kangaroo, lembu susu ternak terbesar di dunia.. aku mau bila aku tua nanti, ada perkara yang mampu aku banggakan yang telah aku lakukan di usia muda remaja teruna ku.. (huh teruna maksudku belum kahwin hehehe)

jadi kepada sesiapa yang membaca entri ini, kuatkan usahamu, cekalkan hati mu untuk mengejar impian masing-masing.. So, masa yang berlalu jgn di biar berlalu pergi, cuba sedaya upaya di manfaatkan, kerana ianya takkan kembali... buat selamanya..

nota si ulat gonggok: mungkin aku akan kenang entri ini sewaktu aku berusia 50 tahun.. bagaimana bakal rupaku ya??? makin hens#* barangkali ya? ahaks!!

Read more...

Resepi gembira

>> Thursday, April 16, 2009


Hidup gembira mungkin menjadi matlamat kebanyakan mamalia bernama manusia di bumi malaysia yang merdeka nih.. mujur aku ini bukan dr golongan mamalia tersebut yang kaya.. haaa kenapa aku kata begitu??? cunfuse kan...

Haaa topik hari nih ada lah our basic needs..

kalau di bukak buku teks sains budak tahun6. human basic needs adalah:
food, water, air, shelter...
untuk pokok2 hijau plak
carbon dioxide, sun ray, water...

setiap orang punyai pelbagai keperluan resepi yang berbeza untuk gembira... ada tak bule hidup langsung tanpa handphone, internet dan banyak lagi gejet2 terkini di pasaran.. maklumla kan sekarang kan zaman serba canggih... maknanyer urang kaya perlukan lebih banyak benda untuk hidup happy
perlu keta besar, duit besar, tanah besar, rumah besar, bini juga besar barangkali..

maknanya urang kaya lebih susah untuk hidup gembira kah??? kalau urang miskin bagaimana?... kalau ada duit sikit sudah mampu tersenyum lebar ikhlas gembira .. tapi urang kaya jika ada sejumlah wang yang sama dengan si miskin itu apa mampukah lagi dia untuk tersenyumm ikhlas?? masih mampukah lagi untuk bertenang? pastinya hatinya gundah gulana kerana takutkan jatuh miskin...

makanya sentiasalah bersyukur atas segala rezeki Allah.. pasti akan tenang..

pantun si jiwa kacau: kalau lalang, katakan lalang..
tidak aku tertampi-tampi..
kalau sayang katakan sayang..
tidak aku ternanti-nanti..
(pantun ini tiada kaitan dengan topik)

Read more...

Sikap pemandu teksi yang wajar ditempeleng kuat-kuat..

>> Sunday, April 12, 2009



Aku ingin meng'share' pengalaman naek teksi di pusat bandaraya Kuala Lumpur yang sangat menjengkelkan... cerita ini ada 2 watak sahaja, aku dan pemandu teksi durjana... aku marah sgt dengan dia, mana taknya,, dah lah harga tambang mahal+servis yang sangat tak best, rasa macam tak berbaloi naek teksi tu.. baik aku tumpang keta polis ke, takpon keta bomba, nasib baek tak de menatang tu time aku terdesak masa tu.. gerrraaammmm
kalau la aku ada super power macam superman, pasti aku da tumbuk perot pemandu teksi tu kuat2 sapai dia tak bule pandu teksi lagi.


geram betol.... dengan muka yang tak ceria dan sombong tanya dengan kasar "nak pegi mana?," aku pun kata la Ampang(bukan destinasi sebenar) dengan penuh sopan dan bertatasusila , dia plak bule kata tak nak gi plak tempat tu kata nya jam la, cas double la sebab balik x der customerla apa la plus 1001 alasan yang super tak munahsabah untuk tak nak bawak aku ke situ,geram yang membuak-buak macam air baru mendidih wat aku nak sekeh jer pemandu teksi tu,


tapi mujur aku nih mempunyai kesabaran yang luar biasa tingginya... lalu aku pon mengenselkan hasrat murni untuk menyekeh kepala dia.. cukup Asril , jgn marah lagi~~ kata 'angel' menasihatiku, manakala setan plak kata "ko sepak jer kepala driver tu!!" (hmmm kenapa ada pengaruh bawang putih, bawang merah kali nih?) .. lalu aku pon ikut kata 'angel' wahhh.... baeknye aku....!!


cukup la cerita pasal pemandu teksi tu.. buat aku menyampah tahap sampah dah nih..
tapi tak semua yang terjadi pd hr tu teruk2 belaka, ada gak yang best,, aku dapat jumpa teman rapat ku masa sekolah dulu.... wahhh dia sudah besar panjang, lama juga sudah x ketemu sama dia... windu?? jauh sekali tidak.... tp ada la sket2... ala kawan biasa jer..(balek jumpa dia terus senyum sampai rumah, mungkin sudah tercicir satu skru dr dalam kepalaku)

Read more...

Hatiku nangis lagi

>> Thursday, April 9, 2009


Hari ini hatiku kacau lagi.. lalu aku bertekad jumpa anak-anak murid ku dalam kelas IRP, di saat nih mereka la penyejuk hati macam bomba yang datang naik kereta bomba yang banyak air memadam kebakaran yang membakar diri ini..
walaupon mereka nih selalu makan time aku ngajar, tapi aku tak kesah sebab itu adalah rutin aku masa sekolah dulu.. kalau aku tak makan time masa cikgu sejarah dulu aku tak dapat study.. so kalau diorang setakat makan jer aku tak kesah sangat...

ehh korang perasan tak aku salah taip kat atas tu, time dengan masa kan sama ertinya... ??

warghh.. kepalaku makin pusing... aku perlukan banyak vitamin b kompleks nih supaya lebih fokus dalam menaip...
jap yer yer aku nak gi beli vitamin kat CP

(broooooommmmm....")bunyi aku naek keta gi beli vitamin


haa aku da balik.. dan siap makan vitamin td..
nampaknyer aku makin fokus kini..
berbalik aku yang tengah marah, ini semua sebab masalah..
semua orang ada masalah... begitu jua aku... kamu ada masalah gak??
pastinya ada kan... masalah kesihatan, masalah duit, masalah boyfren,,,
apa jua jenisnya, masalah tetap masalah bukan? gede atau kecil bukan soalnya
kerana masalah perlu di atasi dan di harungi bukan terus- terusan ditangisi..
tak guna menangis kalau masalah tetap masalah,
makanya harus terus kuat, kuat dan terus kuat kan hati..

nota penuh masalah: banyak kan berdoa kepada ALLAH agar hati lebih kuat

Read more...

Bila masa kita dewasa??

>> Monday, April 6, 2009


Bila kah kita rasa kita sudah dewasa? masa abes sekolah ke? pas abes lulus sekolah memandu kah? atau bila kita lebih tinggi dr mak bapa kita? aku sendiri baru terfikir ada tak pembaris untuk mengukur kedewasaan kita... kalau diukur kedewasaan ku mau la setinggi bukit gantang maupun bukit selambau kat kedah dan perak, ataupun sama panjang dengan Batang Ai kat Sarawak..(nota :tiada unsur politik dalam entri ini) tapi apa sebenarnye maksud dewasa? tulungg chek kamus dewan atau kamus di dalam dewan untukku... aku betul2 perlukannya..
kamus ku tiada perkataan dewasa... pagenya sudah koyak di makan semut-semut...

wahhh,, ting!!! (tanda idea sudah mari)
teringat plak istilah sweet 17... orang kata time tu la kita betul-betul sweet kalau pmpn la.. kalau laki area berapa plak yer?.. tapi yang pastinye aku da lama lepasi angka 17 tu...
maknenyer x sweet lagi la kan... so boleh la di kata melampaui batas punye sweet,,,, heheheh apa la aku membebel nih .... mari stepler mulutku biar tidak berbunyi lagi.... tap8x

cukup asri jgn banyak bicara kosong, alamak salah taip nama, untuk yang baru baca entri entri ini, namaku asril bukannye asri.. itu salah taip. Argh... aku sudah melalut... stepler lagi mulutku 3 kali supaya lebih kuat lagi ikatannya
uhhh aku tak mampu untuk buka mulutku... nampaknya aku terpaksa memendekkan kata-kata. ingat kali ini aku ingin berpantun..
tanam pinang rapat-rrrrrrapat,
biar senang puyuh berrrrrrlari,
ku pinang-pinang x dapat-dapat,
ku pujuk-pujuk ku bawa lari...

kepada namirah,, cikgu ucap selamat hari lahir ke 19...
semoga murah rezeki, dan dapat 15 points...

nota hampir dewasa: pantun diatas tiada kena mengena dengan topik!!!

Read more...

Jeritan Batinkuuuuuuuuu!!!!

>> Thursday, April 2, 2009


Alhamdulillah, aku di hujani dengan jutaan kerja yang menimbun yang tak taw macam mana nak settle kan semua sekali. wah perlu usaha keras nih nampaknye mungkin sekeras batuan di batu pahat di Johor mahupun batu feringgi di Penang atau lebih keras lagi.
Apalah aku merepek nih? mungkin otakku sudah tidak centre lagi, tulungggg somebody help me balancing my brain....
2,3 hari ni aku asyik bangun pagi lewat tapi masih boleh tiba lebih awal dr student ku ke kelas.... wahhh tak malunyer aku memuji diriku yang terpuji nih heheheheh.. berbalik kepada aku yang banyak kerja tadi, mahu saja aku lempar semua yang ada di atas mejaku dr tingkat2 ke bawah.. tapi memandangkan nanti aku juga yang kena kutip balik, lalu aku pun membatalkan hasrat berkenaan dan terus bertobat.... ahhh aku berdosaa kerana nak buang kau ohhh kertas-kertasku... maafkan aku ya kertas-kertaas sayang..
oohhh hampir terlupa aku pada tugas ku sebagai guru ,
kepada student-studentku yang sedang giat menambah ilmu pengetahuan siang dan malam, teruskan usaha murnimu itu.. jangan malas malas ya. teruskan belajar sammmppppaaaiii pandai,, pada pelajar2 puteri cam sofia,zuraini,shiro,fatin,shidot,fiqa,fifah,arliya,farah,nabila,amira, dan banyak lagi pelajar2 yang ayu dr 91/92.. tak lupa juga pada barisan pelajar2 hencem 91/92 cam kamal,lipe,fem,Bul,haris,Snake,nazirul,puwe,ilham,pong,shafiq dan yang len2 lagi.... do some magical dude!!! come on guys,, target for top on the world!! Gambate!!!(sambil berdiri sebelah kaki)

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP